Dermasiswa AMP jadi pendorong pelajar memerlukan terus cemerlang
Cik Sia Jingyun Erna Sharida ialah penerima Dermasiswa Pendidikan AMP Singapura bagi 2014 dan 2015. Baginya, dermasiswa yang diterima daripada AMP itu merupakan batu loncatan yang membolehkan dirinya ‘terbang tinggi’ dan mencapai cita-citanya.
Skim bantuan AMP ringankan beban keluarga sambut Ramadan
Ramadan kali ini lebih sayu daripada tahun-tahun terdahulu. Kehilangan suami tercinta sekitar Julai tahun lalu akibat barah limfoma dan pneumonia seakan-akan merubah hidup Cik Suryati Abidin dengan serta-merta. Kini, ibu tunggal tiga anak itu terpaksa menghadapi cubaan dan meniti hari dan masa depan bersendirian tanpa ketua keluarga.
AMP mohon dana bantu benefisiari
AMP Singapura sedang memohon kepada masyarakat untuk menderma kepadanya demi menyokong program bantuan untuk keluarga berpendapatan rendah, pelajar, belia, pesalah dadah dan orang yang dibelenggu hutang
Dana bantu siswa kejar ijazah
Walaupun menghadapi masalah kewangan, Encik Muhammad Taufiq Azias bertekad mengharungi cabaran itu untuk mendapatkan segulung ijazah. Antara keperitan kewangan yang dialami di universiti adalah apabila beliau harus mengambil modul pembelajaran di kampus universitinya di luar negara selama satu semester pada tahun lalu dari Jun hingga pertengahan Julai.
Derma, zakat harta kepada AMP kini lebih mudah & pantas dengan terminal tanpa sentuhan
Masyarakat Islam setempat yang ingin membuat sumbangan derma atau membayar Zakat Harta kepada AMP Singapura, kini boleh melakukannya menerusi penggunaan terminal derma tanpa sentuhan.
AMP lancarkan logo dan portal pungutan dana baru sempena ulang tahun ke-30
AMP Singapura membuka tirai sambutan ulang tahunnya yang ke-30 dengan melancarkan logo baru dan sebuah portal baru khas untuk mengumpul dana. Ini merupakan kali pertama logo AMP ditukar sejak ia diperkenalkan tiga dekad lalu, pada 10 Oktober 1991.
Permohonan bagi Dana Siap Ke Sekolah AMP melonjak hampir 150%
Jumlah permohonan bagi sokongan Dana Siap Ke Sekolah (RFS) AMP melonjak hampir 150 peratus tahun ini semasa tempoh COVID-19. AMP kini merancang untuk menambah jumlah agihannya bagi tahun hadapan. AMP menerima sebanyak 953 permohonan tahun ini, berbanding 382 permohonan pada tahun 2019.